Salam Jumaat tuan puan penternak yang dikasihi.
Pada post Final Assault on Mastitis dulu, ada question yang di tanya oleh tuan Mar Celo kat FB saya.
"Nak tanya pasal kambing kena mastitis. Adakah ubat yang cucuk kat ambing tu jer yang perlu digunakan or ader ubat sampingan yang lain perlu untuk bagi menguatkan lagi antibodinya? Sebab kambing jenis tenusu ni kerap kena serang penyakit tu"
Saya ajukan soalan ni kat ayahanda untuk reply sobab dia yang administer dan check progress. Dan Pak Es Emdi spend more time kat LRGF lagi dari saya.
The response as below;
Ini pengalaman peribadi, bukannya berdasarkan kepakaran vertinari.
Rasanya nak kuatkan antibody, tak ada. Sebab utama mistitis ialah jangkitan kuman melalui puting susu. Lantai kandang kotor, mostly. (dan mengikut perhatian saya, mungkin juga susu rosak,..yang ni tak tahu sebabnya dan ubatnya).
Bila kena mistitisis ni, kambing akan demam dan tak selera nak makan...dia moyok. Kalau tak diubati,..kambing jadi kurus dengan cepat dan boleh bawak mati.
Jadi kena suntik ubat demam dan antibiotik. Suntik jugak ubat melalui puting. Boleh jugak tuamkan dengan air panas dan balm.
Tapi nak mencegah tu yang saya tak pasti. Memang betul, mistitis paling common pada kambing tenusu.....dan nak mengubatnya amat sukar. Kambing saya pun belum pulih...cuma dah tak demam aja. Ambing susu maseh keras jugak.....nak tunggu badan naik,...mungkin ubat pisau lebih mujarab!!!!
Mbekk!
P.S.:Ambing maseh keras..terpaksa diperah untuk keluarkan susu yang rosak...Oleh kerana terlalu banyak nak dikeluarkan...maka saluran punting yang tersumbat..jadi jammed....akhirnya, ambing akan bocor dan rosak terus,...tapi tidak lagi membengkak!!Namun, kambing terselamat, tapi hanya satu punting ajer yang boleh dipakai!!
ReplyDeleteSaya belum benar-benar berjaya mengubati mistisis ini!! (Es Emdi).