Monday 28 September 2015

GEMBALA lwn TENUSU, JANG!!


Assalamualaikum,..salam mmbbbeekkk, Bro!!

Dah setahun lebih tukar operasi, dari sistem makan-tanggung kepada gembala, didapati memang ada pros & cons kedua-dua sistem ini. Bagi sistem gembala, kelebihan utama ialah tidak terkurung dan mendapat makanan berbagai dedaun yang mencukupi dengan kos rendah disebabkan kurang menggunakan pellet,..tetapi terdedah pula kepada ancaman parasit, terutama kecacingan dan berbagai kutu seperti kutu babi!!



Kalau ada kawasan ragut sendiri, maka menjadi lebih ringan kerja mengawalnya...tapi takkan cukup dengan rumput saja!!


Satu perkara yang tak boleh dikawal kalau amalkan sistem bebas meragut ini ialah kebebasan mengawan!!

Pejantan punya banyak masa terluang untuk bebas menenggek!! Melainkan sekiranya dikurung sahaja si Pejantan dalam kandang....atau amalkan sistem tukar Pejantan tiap-tiap tiga tahun dengan kandang dari luar!! Kalau dibiarkan bebas meragut..inilah jadinya!!


Masalah seperti ini adalah biasa bagi sistem bebas ragut atau gembala. Tetapi bagi ternakan kambing tenusu ada pula masalah tambahan yang mempengaruhi pengeluaran susu!!


Bebas meragut bererti jugak bebas menyusu!!

Kerana itu kebanyakan penternak kambing tenusu (yang bukan gembala) memisahkan anak-anak dari ibunya sejak hari lahir lagi...Walaupun dapat pengeluaran susu yang banyak, tapi terpaksa pula memberi susu botol kepada anak-anak yang meningkatkan lagi kos dan tambahan pekerja!!

Di LRGF, kami biarkan bulan pertama untuk anak mendapatkan penyusuan penuh dari ibu. Hanya pada bulan kedua anak-anak dipisah pada waktu malam untuk mendapat perahan susu diwaktu pagi,..maknanya sharing susu hanya bermula pada bulan kedua. Semantara pada bulan ketiga baru diamalkan cerai susu secara penuh!!

Tapi itu hanya teori saja!!


Walaupun dah cerai susu masa dalam kandang,...tapi bebas pula masa meragut!! Anak akan mencari ibu..dan ibu pula akan memanggil anak!!Sistem cerai susu tak dapat dipraktikkan sepenuhnya!!


Bukan saja pada umur tiga bulan,...malah tak ada had umur,..tak dapat dikawal langsung. Selagi anak nak menyusu,..selagi ibu tak halang,..maka sistem cerai susu tak dapat dipraktikkan dalam sistem gembala ini...Akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan dan terpaksa dilakukan hanya sekali, iaitu pada waktu pagi sahaja.

Melainkan dipisahkan terus anak dengan ibu, bukan sahaja dalam kandang tetapi juga masa digembala. Maksudnya, anak dan pejantan digembala berasingan dengan ibu yang mengeluarkan susu. Mungkin cara ini dapat mengawal pengeluaran susu yan tidak terganggu!!

Adakah ini praktikal?? Camno,Jang??

Selamat menternak.
Es Emdi


2 comments:

  1. Salam Adil.
    Intensive vs gembala.

    ReplyDelete
  2. Intensive vs gembala vs tenusu.Parah betul tu Adil.
    Ini macam cinto tiga segi pulak.
    Camno tu?.Eden pun poning nak fikir.

    ReplyDelete