Sunday 25 October 2015

'DEN JUAR APO DEN BOLO," JANG!!

Salam Mmmbbeekkk, Bro!!

Eden memang dah lamo nak terjah Sumobek Trading House kek Kampung Melayu Panchor!! Lagi pun nak buek return visit yang eden janjikan Tn Hj Mohd Nasir. Jadi bilo Pak Puteh Sahad telefon nak pegi sana dengan Pak Yassin, eden pun ambik peluang tumpang sama.

Walaupun nak sampai kat Kampung Melayu Panchor, Paroi tu memang bingung jugak, dua-tiga kali kena buat u-turn Kesas Highway arah Kuala Pilah, tapi lupa pening bila dah sampai kek ladang/dusun Sumobek!!


Eden memang gomar dengan tagline Sumobek niii..."Den Jua Apo Den Bolo"...memang sesuai dengan cara eden kek LRGF jugak!! Pada penternak-breeders semua: "KITO JUAR APO KITO BOLO". Utamakan..usahakan..gandakan hasil ternakan kita sendiri!!!

Tn Hj Mohd Nasir memang dah nunggu kami, walaupun nak pergi kenduri rumah jiran. Mula-mula kena bagi guide-tour dulu. Susun-atur ladang ni memang sistematik, mudah untuk para pelawat agro-tourism.


Pertama sekali yang eden minat dalam Porak Hijau ni ialah pokok Mulberry sebab eden pun banyak tanam pokok ni kat Ladang Sungai Lalah. Tapi mulberry ni jenis daun yang lebar..selompang kata Tn Hj Mohd Nasir, paling sesuai untuk makanan kambing. Pokok ni dibawa oleh siswa-siswa Universitas Pajajaran yang datang melawat timpuh hari. Eden dah booking untuk dapatkan cuttings dari Tn Hj Mohd Nasir. Pak Puteh pun minat jugak tuuu!!!


Tn Haji Mohd Nasir jugak ada menanam indigofera yang menjadi dedaun tambahan utama bagi makanan kambing-kambing kami di Lalah River Goat Farm (LRGF). Tapi di Sumobek, pokok utama ialah berbagai jenis napier. Ladang-ladang mereka di Juasseh, di Astana Raja dan Lembah Sumobek di Johol dapat membekalkan napier berton-ton untuk makananan populasi kambing dan biri-biri yang tinggi jumlahnya!!

Yang paling menarik sekali di Sumobek ni, bukan sahaja "menjual apa yang diternaknya", tetapi yang lebih asas ialah menyediakan dan memperoses makanan untuk kegunaan sendiri. Sumobek tidak bergantung kepada makanan seperti dedak atau pelet dari kilang-kilang luar.



Pak Puteh nak uji silaj yang diperoses oleh Tn Hj Mohd Nasir!! Tengok kat blakang tu..berapa banyak lagi tong silaj yang telah diperoses!!


Ini EM pulak,..eden blurr sikit pasal silaj,..pasal EM nii,..yang eden tahu daun memperai, daun cenderai, daun mempelas.....


Inilah "kilang" pengeluar dedak!! Eden pasti tentu diubahsuai oleh Tn Hj Mohd Nasir sendiri. Kerana latihan dan kepakaran sebagai jurutera, Tn Hj Mohd Nasir memang very systematic, very exact...tak macam kito, pakai main boleh ajo!!!


Cuba teliti formula konsentrat-dedak- yang diperoses di Sumobek!! Mengikut Tn Hj Mohd Nasir, semuanya ditimbang..very exact!! Inilah rahsia kebertahanan Sumobek, tentunya!!


Inilah rahsia....makanan keluaran sendiri. Jimat kos...Jamin kualiti!! Membangunkan kepakaran untuk penghasilan makanan ruminan!!


Belum habis lagi rahsia Sumobek, ini baru pasal makanan ajo!!.... In Sya Allah,...Bersambung!!

No comments:

Post a Comment