Saturday 12 September 2015

KUTU BABI, JANG!!


Salam Mmbeekkk,Bro!!

Bagi penternak yang mengamalkan sistem gembala, kutu babi atau cengkenit menjadi satu masalah jugak. Macam juga parasit lain, kutu babi ni menghisap darah hingga boleh kurus kering kambing kita,..boleh menyebabkan mati. Dan kalau dia dah merebak dan menjangkit pada kambing-kambing lain, maka boleh menimbulkan keadaan yang kritikal!!


Inilah rupa kutu babi, yang memangnya dibawa oleh babi hutan. Dia akan melekat pada daun-daun belukar dan mudah pindah pada kambing-kambing pabila meragut dedaun belukar itu!!

Kutu babi ni juga boleh menjangkit pada manusia, terutama bagi mereka yang gemar ke hutan!! Kerana itu, eden berhati lapang bila Kumpulan Penyelidik dari Fakulti Perubatan Universiti Malaya datang untuk membuat kajian di kandang LRGF  pagi tadi.


Sebelum nak buat kajian, dah terpikat dengan anak kambing!!


Kumpulan Penyelidik ini diketuai oleh Cik Khoo Jing Jing. Mereka sedang mengkaji mengenai pembiakan kutu babi, akibatnya dan kesannya terhadap penternakan kambing. Mereka telah pun melawat kandang Alwigoatfarm dan kandang Syed di Perak.


Teringat balek masa eden buat penyelidikan di universiti dulu...walaupun berlainan subjek, tapi maseh berminat nak tahu sebab-musabab dan kesan dari hasil kajian itu.


Kambing-kambing LRGF memang menghadapi masalah kutu babi kerana dibawa meragut dalam belukar tempat babi hutan bersarang. Malah babi hutan jugak masuk ke dusun, teruatama masa lembab, merosakkan tanaman disamping meninggalkan kutu-kutu mereka!! Kerana itu, SOP kami pada tiap-tiap minggu mesti sembur kambing dan kandang dengan Malathion untuk menghapuskan bahaya kutu babi ini.



Camana pun maseh ada jugak kutu babi yang terlepas dari kesan semburan Malathion itu. "Haa got one..look at that ticks,"Khoo Jing Jing menunjukkan kepada Adil.

Itu kisah dalam kandang. Nak selidik pulak camna di padang ragut,..ada tak kutu babi yang melekat, atau dah membiak!!


Buek apo pulak tuu?? Ngocar dengan "bendera" nak cari kutu babi. Kok ado yang melokek, haa padang ni kono nyahkanlah parasit tuu!



Habih kawasan dusun LRGF diseledik, nak cari lokasi kutu babi. Tak habis dengan padang ragut dalam dusun ni, Khoo Jing Jing dan para penyelidik keluar pula ke kawasan belukar dalam kebun getah di belakang kandang dan tanah terbiar di depan rumah..Memang teliti mereka membuat kajian tentang habitat dan kesan kutu babi ini terhadap ternakan kambing. Hampir satu hari suntuk mereka membuat kajian.

Kalau terdapat kutu babi tu dalam dusun, nak buat camna?? Khoo Jing Jing pun sukar nak jawab,..tak ada racun,katanya. Mungkin bakar saja laahh, katanya sambil ketawa!!

Tapi kawan-kawan eden dah ada beri cadangan!!


Bela ayam mutiara....akan habis kutu babi tu dimakannya!! 2 ekor ayam mutiara boleh hapuskan 2 ekar dalam satu tahun. Nasib baik eden ado 4  ekor ayam mutiara ni,Jang!! Buek bising boleh,..makan kutu babi pun boleh!!

Terimakasih Kasih Khoo Jing Jing dan pasukannya kerana sudi membuat penyelidikan kutu babi di LRGF.

Selamat menternak.
Es Emdi

5 comments:

  1. Teringat dialog filem p ramlee...

    "Batal air sembahyang aku"

    ReplyDelete
  2. Teringat dialog filem p ramlee...

    "Batal air sembahyang aku"

    ReplyDelete
  3. Terbaik Pak Es.
    Kutu babi boleh jadi gembala domam.
    Kalau pacat camno pulak?.
    Dua dua jahanam ni hisap darah.

    ReplyDelete
  4. Lamo tak dongar Pak Es.
    Apo kabau?

    ReplyDelete